25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sultan Nazrin belum perkenan bubar DUN Perak

Baginda mengambil maklum mengenai permohonan dikemukakan dan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah belum memberi perkenan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan pengumuman mengenainya akan dilakukan selepas baginda membuat pertimbangan sewajarnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara tersebut dimaklumkan baginda kepadanya ketika sesi menghadap di Istana Kinta, Ipoh pada pukul 2.30 petang tadi.

“Pada sesi menghadap Paduka Seri Tuanku, saya telah menyembah maklum pengumuman Perdana Menteri mengenai pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya juga menyembah maklum mengenai syor oleh Perdana Menteri supaya ketua-ketua kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi pembubaran DUN untuk membolehkan pilihan raya diadakan secara serentak,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Ujar Saarani lagi, pada sesi menghadap berkenaan, beliau telah menyembah warkah permohonan pembubaran DUN Perak ke-14 untuk pertimbangan Sultan Nazrin selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.

Advertisements

“Pada sesi menghadap tersebut, Paduka Seri Tuanku telah bertitah bahawa baginda mengambil maklum mengenai permohonan dikemukakan dan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya.

“Oleh yang demikian, sebarang ketetapan mengenai permohonan pembubaran DUN Perak akan diumumkan selepas Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenan membuat keputusan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Kerajaan Negeri Perak adalah yang terawal mendapat janji temu untuk menghadap Sultan bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan pembubaran Parlimen Penggal Ke-14 untuk memberi laluan PRU 15.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan