31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KKM laksana pelabelan kalori makanan tahun depan

Dirintis oleh premis terpilih di Putrajaya dan rangkaian makanan segera dan jika berjaya, akan akan dikembangkan ke seluruh negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan kajian rintis melihat kebolehlaksanaan dasar pelabelan kalori makanan oleh para pengusaha yang dimulakan dengan premis terpilih di Putrajaya dan rangkaian makanan segera pada awal tahun depan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, projek rintis ini jika berjaya, akan diperluaskan ke seluruh negara demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Menurut beliau, kajian menunjukkan 53.2 peratus orang dewasa di Malaysia mengamalkan pengambilan tiga sudu teh gula dalam minuman yang dibancuh sendiri setiap hari.

“Ini tidak termasuk pengambilan gula daripada minuman manis lain seperti minuman berkarbonat dan minuman pra-campuran serta makanan yang mengandungi gula tambahan dalam diet harian mereka.

“Kajian juga menunjukkan 95 peratus orang dewasa tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut saranan.

“Jadi projek rintis ini penting dalam usaha kita mendidik orang ramai tentang pengiraan kalori dalam pengambilan makanan harian mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Khairy menghadiri perasmian Seminar Anti Obes-City Putrajaya dan Pelancaran Modul Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit bagi pelaksanaan di semua jabatan dan kementerian kerajaan.

Tambah Khairy, Malaysia adalah negara paling obes di Asia Tenggara.

“Sehubungan dengan itu, ayuh berubah ke arah hidup lebih sihat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan