32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kerajaan yang dipimpin PM sudah tidak ada kesepakatan

Dalam team bola, kalau ada sekumpulan pemain menyatakan perbezaannya dengan pengurus pasukan kepada pemilik kelab, bererti sudah tidak keserasian dalam team.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDIRIAN Perikatan Nasional (PN) yang tidak menyokong pembubaran Parlimen tahun ini, memberi gambaran kerajaan yang dipimpin dibawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah tidak ada kesepakatan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, surat daripada 12 anggota Kabinet PN kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan pendirian tidak bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini, bererti PN menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu turut mengibaratkan situasi berkenaan seperti dalam pasukan bola.

“Dalam team bola, kalau ada sekumpulan pemain menyatakan perbezaannya dengan pengurus pasukan kepada pemilik kelab, bererti sudah tidak keserasian dalam team.

“Tukar pengurus, ganti pemain atau bubarkan team,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Katanya, langkah PN adalah pemberontakan dalam kerajaan yang dizahirkan secara terbuka.

“Pasukan ini sudah tidak boleh bertahan lagi untuk menghadapi apa jua cabaran selepas ini.

“Apabila 12 anggota kabinet berutus surat terus kepada Yang di-Pertuan Agong bermakna menunjukkan kerajaan ini sudah tidak ada kesepakatan,”katanya.

Ujar beliau, kerajaan sepatutnya sudah terbubar kerana Perdana Menteri sudah tidak ada kepercayaan.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan sama ada surat daripada anggota Kabinet Bersatu dan Pas itu boleh dianggap sebagai mereka hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.

Jika benar tafsiran itu, Asyraf Wajdi berpandangan Perdana Menteri boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen atau meletak jawatan.

Ia berdasarkan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan jemaah Menteri, melainkan jika Yang di-Pertuan Agong meminta Parlimen dibubarkan. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan