25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Keputusan rayuan Najib dapatkan dokumen kes dana 1MDB 8 Disember

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Rayuan menetapkan 8 Disember ini bagi keputusan rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan dokumen perbankan berhubung syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk perbicaraan kesnya melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MBD).

Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, yang mengetuai panel tiga hakim itu menetapkan tarikh tersebut kerana mereka memerlukan masa untuk berbincang.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan.

Najib, 68, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos, dibawa ke mahkamah untuk prosiding rayuannya hari ini.

Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor juga hadir pada prosiding itu.

Bekas Perdana Menteri itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Julai tahun lepas yang menolak dua permohonan penemuannya untuk meminta pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDBnya mendedahkan dokumen perbankan yang dikaitkan dengan keluarga Zeti atas dakwaan bahawa keluarganya didakwa menerima wang daripada Jho Low.

Semasa prosiding hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa 19 dokumen yang dimohon itu melibatkan syarikat yang dikawal oleh keluarga Zeti dan Jho Low ada pada pihak pendakwaan dan pihak berkuasa Malaysia.

Baca juga:   Lebih 110 ahli Parlimen masih bersama kerajaan - Ismail Sabri
Baca juga:   Bajet 2023 tumpuan Dewan Rakyat kali ini

“Mereka tidak mempertikaikan kewujudannya. Mereka mengelak daripada memberitahu kami. Mereka tunjuk tetapi tidak semuanya,” kata Muhammad Shafee.

Peguam itu berkata pihak berkuasa Singapura yang menyiasat skandal kewangan 1MDB di negara itu telah memberikan dokumen tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia termasuk Bank Negara Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata dokumen yang diminta Najib adalah pramatang dan tidak relevan dengan perbicaraannya, sambil menambah bahawa Najib perlu memohon dokumen itu hanya selepas diperintahkan membela diri.

Beliau berkata tidak dinafikan kewujudan dokumen itu dan bebanan terletak pada pihak pembelaan untuk menunjukkan bahawa permohonan mereka adalah berdasarkan bukti yang boleh diterima dan bukannya keterangan dengar cakap.

“Keseluruhan kes mereka berdasarkan laporan akhbar (mendakwa) bahawa kami mempunyai dokumen ini, sambil menambah bahawa percubaan untuk mendapatkan dokumen tersebut pada peringkat ini untuk keputusan awal bahawa Zeti bukan saksi yang boleh dipercayai.

“Mereka mesti membuktikan dokumen itu ada dalam milikan kami,” kata Sri Ram, sambil menambah bahawa pihak pendakwaan akan memanggil Zeti untuk memberi keterangan dan akan datang ke mahkamah serta menjawab dakwaan terhadapnya dan keluarganya.

Najib memfailkan perintah mahkamah pada 24 Mac tahun lepas untuk meminta pihak pendakwaan memberikan beberapa penyata perbankan daripada syarikat termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd, dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low dan keluarga Zeti dalam kes 1MDBnya.

Baca juga:   Kenderaan baharu PDRM dilarikan dua suspek lebih 360km
Baca juga:   Isu pencerobohan ruang udara akan dibincang di China

Beliau juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April tahun lepas untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.

Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah akan bersambung 7 Nov. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan