32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

JPJ Kelantan kutip RM3.26 juta bidaan nombor plat ‘DEN’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK RM3.26 juta kutipan berjaya dikumpulkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan sepanjang tempoh bidaan nombor siri pendaftaran DEN selama lima hari bermula 13 hingga 17 Oktober lalu.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, jumlah kutipan hasil siri pendaftaran itu melebihi sasaran iaitu RM2.6 juta.

Menurutnya, nilai tertinggi dalam bidaan itu adalah nombor pendaftaran DEN 8 iaitu RM98,888 diikuti DEN 6 (RM71,000) dan DEN 3 (RM68,889).

“Sepanjang tempoh itu, seramai 938,751 pengguna yang berdaftar telah membida nombor pendaftaran tersebut melalui sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid).

“Daripada jumlah itu, seramai seramai 2,057 pembida telah berjaya dengan nombor yang dibida sebanyak 2,070,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Misuari, bagi siri nombor pendaftaran utama, harga minimum ditetapkan sebanyak RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300).

Katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan sistem JPJeBid diperkenalkan bermula dengan siri DDP hingga DEM, JPJ Kelantan telah mengutip sebanyak sebanyak RM40,147,112.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan