24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sasar kutipan lebih RM2.1 juta bidaan plat DEK

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyasarkan kutipan melebihi RM2.1 juta bagi bidaan nombor siri pendaftaran kenderaan DEK yang dibuka bermula 9 hingga 13 Jun ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, sasaran bidaan selama lima hari itu merangkumi nombor siri pendaftaran DEK 8, DEK 11, DEK 88 dan DEK 8055 yang dijangka paling ramai membuat bidaan itu.

Katanya, bagi siri nombor pendaftaran utama, harga minimum ditetapkan sebanyak RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300).

“Pendaftaran boleh dilakukan di portal Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) atau melalui aplikasi mudah alih JPJeBid dan keputusan bidaan akan diumumkan pada 14 Jun ini.

“Bidaan itu terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap negara ini yang berusia 18 tahun ke atas termasuk perniagaan atau syarikat yang berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Kosmo!.

Advertisements

Menurut Mohd. Misuari, kaedah pembayaran bidaan dalam JPJeBid adalah hanya menggunakan kad kredit tempatan dan kad debit tempatan sahaja yang tiada sekatan untuk melakukan bidaan.

Katanya, bagaimanapun, setiap individu hanya layak untuk memenangi maksimum tiga nombor kenderaan manakala bagi perniagaan atau syarikat adalah tidak melebihi lima nombor kenderaan sahaja.

“JPJ Kelantan berjaya mengutip hasil sebanyak lebih RM33 juta sepanjang tempoh perlaksanaan sistem JPJeBID diperkenalkan bermula dengan siri DDP hingga DEJ.

“Kita pernah merekodkan jumlah kutipan hasil nombor siri pendaftaran DDD sebagai yang paling tinggi iaitu bernilai lebih RM7.3 Juta,” katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan