25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Antara Bajet 2023 dan manifesto ‘bukan kitab suci’

Mesti Baca

KEPUTUSAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membubarkan Parlimen sejurus selesai pembentangan Bajet 2023 tanpa menunggu diluluskan merupakan satu tindakan di luar jangka.

Siapa sangka, belum pun Bajet 2023 diluluskan Parlimen telah digantung bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan — tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Amalan sebelum ini, Parlimen hanya dibubar sama ada sebelum pembentangan belanjawan negara atau selepas ia diluluskan oleh Parlimen, namun kali ini Ismail Sabri mengambil langkah yang luar biasa.

Langkah tersebut membolehkan Barisan Nasional (BN), parti yang dinaungi oleh Ismail Sabri dapat menengahkan Bajet 2023 sebagai alternatif kepada manifesto.

Tentunya rakyat masih ingat manifesto yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14 lalu yang menjanjikan segala bulan dan bintang, sehingga para pengundi begitu terpengaruh yang akhirnya menolak BN buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum negara.

Namun, selepas berjaya mentadbir negara segala janji yang ditabur menerusi manifesto gagal dilaksanakan malah menganggap ‘mnifesto bukan kita suci’ yang perlu ditaati.

Janji-janji manis yang ditabur menerusi manifesto ‘bukan kitab suci’ dalam PRU lalu.

Kini, janji-janji muluk kembali kedengaran dalam kempen-kempen pembangkang semasa PRU-15 kali ini, termasuk janji untuk memotong gaji dan elaun Perdana Menteri, menghapuskan tol, menurunkan harga minyak dan lain-lain — skrip sama seperti sebelum ini.

Ini berbeza dengan belanjawan negara yang disusun dan diambil kira berdasarkan kapasaiti kewangan negara serta telah melepasi audit oleh firma audit terkemuka seperti PwC, KPMG dan Ernst & Young.

[INTIPATI BAJET 2023: KELUARGA MALAYSIA MAKMUR BERSAMA ]

Malahan Perdana Menteri juga telah menegaskan bahawa apabila kerajaan mengumumkan bajet dalam Parlimen, itu bermaksud negara telah mempunyai wang untuk melaksanakan setiap yang dijanjikan.

“Sudah ada duit cuma (bajet) bagaimanapun belum lulus lagi.

“Kalau mahu bajet yang cantik sebegini dilaksanakan, undilah kita dan barulah (bajet) boleh dibentang semula dan diluluskan,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera baru-baru ini.

Dalam Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz pada 7 Oktober lalu, ketiga-tiga firma tersebut memuji keampuhannya yang dinilai sebagai satu mekanisme terbaik untuk menghadapi kegawatan.

Antara dasar dan polisi dalam Bajet 2023 untuk menghadapi kegawatan yang dijangka melanda dunia tahun hadapan, ialah mengoptimumkan tenaga kerja seperti menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penganggur, wanita dan OKU.

Bajet 2023 juga lebih menarik kerana ia mencakupi pelbagai kelas rakyat. Antara bantuan yang akan diberikan ialah:

a. Penurunan cukai pendapatan sebanyak 2 peratus

b. Inisiatif e-pemula sebanyak RM100 akan dikreditkan ke e-dompet M40 jika gaji bulanan mereka bawah paras RM10,000.

c. RM826 juta diperuntukkan untuk Bantuan Awal Persekolahan yang ditambah baik kepada RM150 dari RM100 tanpa mengira had pendapatan.

d. Pengecualian bayaran balik PTPTN tanpa mengira kelas pendapatan. yang sebelum ini hanya untuk kumpulan B40 sahaja.

Justeru, dengan diadakan PRU-15 sebelum Bajet 2023 diluluskan, membolehkan rakyat menentukan sama ada belanjawan ini diterima atau sebaliknya.

Dengan kata lain, setiap undi yang diberikan kepada kerajaan bermakna satu undi diberikan untuk Bajet 2023 yang akan dilaksanakan sekiranya BN diberi mandat untuk terus mentadbir negara.

Kini, keputusan di tangan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas, sama ada mahukan Bajet 2023 dilaksanakan, atau memilih parti-parti yang menjanjikan bulan dan bintang namun tidak berpijak dibumi nyata. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan