Wednesday, July 22, 2026

13 kedai musnah terbakar di Serdang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 13 deretan kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Serdang, Selangor, awal pagi tadi.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 pagi.

“Jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dengan kerjasama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi, Seksyen 7 dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 25 orang telah bergegas ke lokasi.

“Setiba dilokasi kejadian 10 minit kemudian, pihak bomba mendapati sebuah kedai emas telah terbakar 70 peratus sebelum merebak ke 12 lagi kedai bersebelahan.

“Atas kepantasan pihak bomba, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata beliau, daripada siasatan lanjut, kebakaran itu turut memusahkan dua buah kedai emas, sebuah kedai hardware, kedai tayar, bengkel moto, kedai telur, kedai arak, bengkel kereta dan kedai cermin mata.

“Turut terjejas dua buah klinik, kedai serbaneka, kedai bateri, salon dan kedai pajak,”katanya.

Norazam turut memaklumkan, bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan