Tuesday, July 21, 2026

8 PATI Myanmar sembunyi dalam belukar, ditahan ATM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN lapan pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar memasuki negara ini melalui sempadan Thailand dengan menggunakan laluan yang tidak sah gagal apabila kesemua mereka ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menerusi kenyataan berkata, kemereka mereka ditahan di sektor OP BENTENG, kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia, pada jam 11.30 pagi semalam.

Menurutnya, penahanan kesemua PATI berkenaan hasil daripada maklumat risikan sebelum pasukan operasi mengesan pergerakan sekumpulan individu mencurigakan melalui sempadan negara dan menahan lapan individu yang bersembunyi di kawasan belukar di kebun getah, Bukit Tangga.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya adalah lelaki warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan berumur antara 25 hingga 45 tahun.

“Turut dirampas adalah empaf telefon bimbit, wang tunai matawang Malaysia, Myanmar dan Thailand serta beg pakaian dengan anggaran nilai rampasan RM2,503.70.

“Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurut 2 Division lagi, pasukan operasi akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan khusunya kemasukan PATI. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan