Monday, July 20, 2026

Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurang kepada 16 orang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir di Melaka berkurang kepada 16 orang daripada lima keluarga pada pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan, jika semalam pada jam 4 petang, 17 orang melibatkan enam keluarga telah pulang ke kawasan masing-masing.

Katanya, kesemua mangsa banjir berkenaan melibatkan penduduk di daerah Alor Gajah.

“Kesemha mereka terdahulu telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Belimbing.

“Mangsa yang terlibat merupakan penduduk dari Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing,”katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan