31 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Intipati Bajet 2023: Keluarga Malaysia, Makmur Bersama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERIKUT ialah intipati Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama yang membabitkan peruntukan RM372.3 bilion dipandu oleh agenda 3R – Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis.

  1. Elaun Sara Hidup JPA dinaikkan sebanyak RM100 bagi pelajar dan pegawai dalam negara.
  2. Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus.
  3. Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.
  4. RM6.7 bilion – Peruntukan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif TVET, melalui Majlis TVET Negara.
  5. RM3.8 bilion – Peruntukan untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan.
  6. RM1.2 bilion – Peruntukan untuk naik taraf bangunan dan infrastruktur sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak.
  7. RM1.1 bilion – Peruntukan untuk selenggara dan membaik pulih sekolah.
  8. RM777 juta – Untuk Rancangan Makanan Tambahan bagi memastikan murid-murid mendapat kandungan khasiat harian, memanfaatkan seramai 800, 000 murid.
  9. RM825 juta – Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan yang ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
  10. RM55.6 bilion – Untuk Kementerian Pendidikan, peruntukan yang terbesar di Bajet 2023 berbanding tahun ini, RM52.6 bilion.
  11. Inisiatif MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan GLC.
  12. RM150 juta – Peruntukan Insentif Penggajian di bawah PERKESO, sebanyak RM600-RM750 sebulan, untuk tempoh 3 bulan bagi golongan rentan.
  13. RM200 juta – Peruntukan menampung kos pengangkutan dan edaran barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan diesel untuk penduduk luar bandar.
  14. RM55 billion – Untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
  15. RM400 juta – Program ePemula – Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.
  16. RM305 juta – Peruntukan pembiayaan untuk peniaga belia.
  17. RM500 – Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off, kepada ibu isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023.
  18. RM3,000 – Pelepasan cukai ke atas bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024.
  19. Pengecualian cukai untuk wanita, ke atas pendapatan yang diterima taksiran 2023 sehingga 2028, untuk mengalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’.
  20. RM235 juta – Peruntukan bagi Dana pembiayaan untuk usahawan wanita.
  21. RM11 juta – Untuk memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks.
  22. Inisiatif e-Pemula M40: Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100, 000 rmemanfaatkan 8 juta individu.
  23. Kadar cukai pendapatan dikurangkan 2 peratus: Banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000: Turun daripada 13 peratus ke 11 peratus. Banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000: Turun daripada 21 peratus ke 19 peratus.
  24. RM1 bilion – Untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia. Menyediakan peluang ekonomi kepada 50,000 isi rumah miskin tegar.
  25. RM10 bilion – Untuk bantuan tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Keluarga Malaysia.
  26. RM2,500 – Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan. – Edisi 9
Baca juga:   Gurauan rogol boleh dikategori gangguan seksual - Peguam
Baca juga:   Tolak Bajet 2023 sama seperti tarik sokongan terhadap PM

Wartawan

Terkini

Tak serik didakwa kali ketiga curi pakaian, seluar dalam lelaki

SEORANG wanita yang juga ibu tiga anak tidak serik-serik apabila dia sekali lagi dituduh atas kesalahan serupa iaitu mencuri...

Lagi Artikel Berkaitan