29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bajet 2023: Bantuan BAP tanpa kira pendapatan

Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 5 juta murid dan melibatkan peruntukan RM825 juta berbanding RM450 juta pada tahun 2022.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA murid akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tanpa mengira pendapatan ibu bapa mulai tahun depan dan dijangka memanfaatkan lebih 5 juta murid.

Pengumuman baik dalam Bajet 2023 itu mendapat reaksi positif daripada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Menerusi hantaran beliau di Facebook, katanya, satu lagi berita baik bagi anak-anak dan ibu bapa.

“Untuk tahun 2022, penambahbaikan dibuat kepada BAP dengan peningkatan daripada RM100 kepada RM150. Dalam Bajet 2023, penambahbaikan terus dibuat kepada BAP.

“Sebelum ini, ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sahaja yang layak menerima BAP untuk anak yang bersekolah.

“Bagi tahun 2023, semua murid akan menerima BAP tanpa mengira pendapatan ibu bapa mereka!

“Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 5 juta murid dan melibatkan peruntukan RM825 juta berbanding RM450 juta pada tahun 2022.

Ujar beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa usahakan yang terbaik.

Dalam pembentangan Bajet 2023 hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bayaran bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 akan diperluaskan tahun depan dan diberi kepada semua murid tanpa melihat had pendapatan ibu bapa.

“Bantuan itu akan disalurkan mulai Januari depan dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM825 juta, meningkat berbanding RM450 juta yang diperuntukkan tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi turut melahirkan rasa syukur kerana usaha KPM untuk meningkatkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah diluluskan dalam #Bajet2023.

Katanya, kadar yang dulunya RM2.50 bagi Semenanjung Malaysia kini dinaikkan kepada RM3.50.

“Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula kadar dinaikkan daripada RM3.00 ke RM4.00. Kadar ini akan bermula bulan ini.

“Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada 813,393 murid penerima RMT,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan