30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bajet 2023: RM1.1 bilion untuk selenggara, baik pulih sekolah

Peruntukan bagi tahun 2023 itu akan terus menjadi ikhtiar KPM untuk menambah baik infrastruktur pendidikan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menyambut baik pengumuman sebanyak RM1.1 bilion peruntukan disediakan untuk selenggara dan membaik pulih sekolah-sekolah di bawah kementeriannya.

Beliau berkata, peruntukan bagi tahun 2023 itu akan terus menjadi ikhtiar KPM untuk menambah baik infrastruktur pendidikan.

“Peruntukan ini meningkat RM250 juta berbanding RM850 juta tahun 2022.

“Dengan ini, KPM akan dapat menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif untuk seluruh warga sekolah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau mengulas pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen.

Dalam hantaran berlainan, beliau berkongsi tekadnya sewaktu mula menjejak kaki di KPM.

“Saya bertekad agar isu bangunan daif di sekolah seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak, dapat ditangani dengan cekap dan menyeluruh.

“Tadi diumumkan, bagi tahun 2023, peruntukan untuk bangunan daif di sekolah ditingkatkan sebanyak RM454 juta kepada RM1.2 bilion berbanding RM746 juta tahun 2022.

“Kita akan terus ikhtiarkan yang terbaik,” katanya.

Pengumuman bajet 2023 turut memberi khabar gembira buat warga Cyberjaya.

Radzi berkata, beliau membuat lawatannya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya, Mac lalu untuk meninjau pengoperasian sekolah sewaktu pandemik Covid-19.

“Sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 2,418 murid dan merupakan sebuah sekolah yang padat.

“Kita ikhtiarkan agar sebuah sekolah baharu dapat dibina di kawasan ini untuk kemudahan ibu bapa dan anak-anak.

“Hari ini diumumkan bahawa sebuah sekolah rendah baharu akan dibina di Cyberjaya.

“Tahniah kepada penduduk Cyberjaya!, kongsinya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan