32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

6 kereta rosak, akibat tangki pecah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH tangki air berketinggian 18.3 meter (60 kaki) di sebuah blok apartment di Taman Mas pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan rosak teruk.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok apartment terbabit.

“Kejadian itu telah merosakkan harta benda bagaimanapun, tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Mangsa terlibat diminta membuat laporan polis bagi tuntutan insurans,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Antara kereta yang rosak teruk berikutan kejadian tangki pecah di Taman Mas, semalam.

Ujar beliau, bantuan lori air bersih telah pun dihantar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk bekalan air bersih kepada 172 rumah yang terjejas.

Semalam, tular di media sosial kejadian ‘air terjun’ akibat tangki air pecah di sebuah pangsapuri di taman berkenaan.

Video berdurasi hampir empat minit itu turut menunjukkan beberapa kenderaan yang diletakkan di perkarangan bangunan terkena curahan air deras dari tangki pecah itu. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan