24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rundingan hanya sah apabila diputuskan kepimpinan UMNO

Apa pun rundingan yang nak dijalankan mesti secara rasmi dan diputuskan UMNO sendiri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, setiap rundingan yang melibatkan UMNO hanya akan dianggap sah apabila ia diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, sebarang rundingan perlu dijalankan secara ‘terang’ dan mengikut dasar parti.

“Parti mesti memutuskan siapa wakil parti yang sah untuk berunding dan sebagainya. Kalau pergi sendiri-sendiri tidak boleh dianggap sebagai mewakili parti.

“Apa pun rundingan yang nak dijalankan mesti secara rasmi dan diputuskan UMNO sendiri… kalau rundingan-rundingan lain tu mungkin pertemuan yang dianggap tidak rasmi, tidak akan menjadi keputusanlah kepada UMNO,” katanya.

Advertisements

Ismail Sabri berkata demikian selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan seorang pemimpin Pas mengenai rundingan sulit membabitkan pemimpin tertentu dalam UMNO dan Pas yang menyentuh keperluan satu lawan satu antara mereka dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilaporkan berkata parti itu, yang merupakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN), mahu UMNO tahu bahawa musuh utama pada PRU-15 kelak adalah PH dan bukannya Bersatu.

Mengenai cadangan Pas untuk mengadakan rundingan berhubung 27 kerusi kritikal Parlimen pada PRU-15, Ismail Sabri berkata, cadangan itu boleh dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk dibincangkan dan jika bersetuju boleh melantik wakil untuk mengadakan rundingan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan