31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Hakim tarik diri dengar rayuan saman Azeez terhadap Guan Eng

Vazeer Alam Mydin Meera mempunyai kaitan dengan pihak-pihak dalam saman berkenaan ketika bertindak sebagai pengamal undang-undang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam kes samannya terhadap Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang mengetuai panel tiga hakim bersidang hari ini memaklumkan, beliau menarik diri daripada mendengar rayuan itu kerana mempunyai kaitan dengan pihak-pihak dalam saman berkenaan ketika bertindak sebagai pengamal undang-undang.

Hakim berkenaan memohon maaf kerana memaklumkan perkara itu sejurus mahkamah mula bersidang sambil menjelaskan beliau hanya menyedari perkara itu ketika membaca dokumen rayuan semalam.

Sehubungan itu, beliau menangguhkan rayuan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Rayuan itu akan didengar oleh hakim lain yang akan mengetuai panel bersidang.

Panel hari ini turut dianggotai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Seri Mariana Yahya.

Abdul Azeez selaku perayu diwakili oleh peguam-peguam Porres Royan dan Craig Ho manakala N. Mureli dan Philips Lim mewakili Guan Eng selaku responden.

Baca juga:   Tajuddin mohon maaf, berjanji letak jawatan Pengerusi Prasarana

Mahkamah sepatutnya mendengar rayuan Abdul Azeez terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 10 Disember 2020 yang menolak saman fitnah beliau terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung projek terowong dasar laut di negeri itu.

Timbalan Pendaftar L. Umma Devi yang membacakan keputusan itu dalam kamar bagi pihak Hakim Datuk Rosilah Yop turut memerintahkan bekas Pengerusi Tabung Haji itu membayar kos RM50,000 kepada Guan Eng.

Baca juga:   KKM rampas produk kesihatan tidak berdaftar hampir RM24 juta

Pihak media ketika itu dimaklumkan, saman tersebut ditolak atas alasan Abdul Azeez gagal mengemukakan bukti dalam tuntutan samannya.

Abdul Azeez memfailkan saman fitnah terhadap Guan Eng pada 2018, yang mendakwa bekas Menteri Kewangan itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah pada sidang media di Pulau Pinang pada 28 Februari 2018, ketika Guan Eng masih memegang jawatan Ketua Menteri.

Dalam samannya, Abdul Azeez selaku plaintif mendakwa Guan Eng mengaitkan beliau dengan bayaran berjumlah RM3 juta sebagai bayaran perundingan kepada pemaju bagi projek itu.

Beliau mendakwa kenyataan itu telah mendapat liputan meluas serta diterbitkan dalam beberapa laman sesawang, laman berita elektronik dan akhbar-akhbar tempatan selain turut disiarkan di beberapa halaman akhbar dan media sosial defendan.

Plaintif mendakwa saman itu dibuat berikutan kenyataan itu telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan yang amat dahsyat terhadap reputasi dan nama baiknya di samping terpaksa mengalami keaiban, kebencian yang amat sangat serta penghinaan daripada orang awam.

Sehubungan itu, Abdul Azeez memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi pampasan, teladan, ganti rugi tambahan, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Baca juga:   Banjir :Operasi di Balai Polis Panchor dihenti sementara

Ahli Parlimen Baling itu turut memohon suatu perintah untuk menghalang penerbitan semula kenyataan menyinggung berhubung isu terowong dasar laut itu serta permintaan maaf awam di dalam akhbar dan media elektronik tempatan.

Baca juga:   PDRM kutip RM13.6 juta saman hari pertama AKM - Mazlan

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan