36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PRU-15 boleh diadakan sebelum musim banjir – Asyraf Wajdi

Rekod sebelum ini menunjukkan PRU boleh diadakan dalam tempoh empat minggu selepas parlimen dibubarkan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih boleh dilaksanakan pada tahun ini sekiranya dilakukan sebelum musim banjir.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), ramalan banjir besar bakal berlaku pada penghujung November tahun ini.

“Maka ramailah yang mendesak terutamanya pembangkang supaya PRU-15 ditangguhkan kerana membahayakan nyawa rakyat (Parti MUDA siap nak buat demo hari Sabtu ini untuk bantah PRU waktu banjir).

“Jika ramalan MetMalaysia ini dijadikan sandaran, maka PRU masih boleh diadakan sebelum banjir besar pada penghujung November.

“Ramalan ini boleh menjadi landasan yang paling kuat supaya Dewan (Rakyat) boleh dibubar awal Oktober terutamanya 7 hingga 10 Oktober,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau juga bersetuju bahawa PRU wajar ditangguhkan jika banjir benar-benar berlaku.

Asyraf Wajdi berkata, rekod sebelum ini menunjukkan PRU boleh diadakan dalam tempoh empat minggu selepas Parlimen dibubarkan.

“Kalau ikut rekod PRU-14 dulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu dan boleh buat PRU dalam masa sebulan selepas bubar.

“Rekod PRU-14 ialah, Parlimen dibubar pada 7 April 2018 dan SPR buat PRU pada 8 Mei 2018 (dalam masa kurang empat minggu ).

“Umpamanya, jika dibubar pada awal Oktober 2022, maka PRU-15 dapat dan sempat dibuat pada awal November 2022, iaitu dua hingga tiga minggu sebelum ramalan hujan lebat,” katanya.

Ujar beliau, makanya, berdasarkan kepada rekod kerja SPR PRU yang lepas dan mengambil kira ramalan banjir METMalaysia yang menjadi nas dan dalil utama masa kini, membuktikan kita masih sempat dan dapat mengadakan PRU sebelum musim banjir tahun ini jika Parlimen dibubarkan awal Oktober. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan