24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kenaikan pangkat Gred U42 kepada 110 jururawat – Khairy

Pengisian 49 jawatan Jururawat Gred U41/42/44 menerusi pengambilan tetap oleh SPA pada suku pertama 2023 juga akan diberikan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan kenaikan pangkat ke Gred U42 kepada 110 jururawat yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan pada Oktober depan.

Tawaran berkenaan antara yang diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sewaktu merasmikan Persidangan Kejururawatan Malaysia-Singapura Ke-25 di Johor Bahru hari ini.

Khairy berkata, memandangkan para jururawat telah bertungkus-lumus menabur bakti memerangi COVID-19, pengisian 49 jawatan Jururawat Gred U41/42/44 menerusi pengambilan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada suku pertama 2023 juga akan diberikan.

“Selain itu, mengunjurkan 226 jawatan Jururawat Gred U41/42/44 bagi tempoh 2023-2025.

Advertisements

“KKM juga mengumumkan akan memperaku pelantikan tetap 1,136 Jururawat kontrak Gred U29 dan 2,804 Jururawat swasta yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di KKM sewaktu pandemik, secara berfasa di bawah SPA,” katanya.

KKM menghargai sumbangan para jururawat yang telah bertungkus lumus menabur bakti memerangi COVID-19.

Tidak ketingggalan, kata Khairy, pelantikan tetap 1,406 Jururawat Masyarakat Gred U19 yang telah lulus Diploma Kejururawatan PSL ke Gred U29, dengan memfleksikan jawatan Jururawat Masyarakat.

“Langkah ini membolehkan Klinik Ibu dan Anak serta Klinik Desa mempunyai kapasiti sumber manusia yang mencukupi,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau.

Beliau berkata, dalam persidangan yang dihadirinya, banyak perkara yang dikongsikan bersama antara kedua-dua negara dan persidangan kali ini juga telah menyaksikan penyertaan para jururawat dari Myanmar dan Indonesia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan