29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kestabilan kerajaan bantu lonjak pelaburan di Johor – MCA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KESTABILAN politik yang dikecapi Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ternyata berjaya menarik keyakinan pelabur untuk melabur di negeri itu, sehingga merekodkan pelaburan tertinggi.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sejak kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam PRN yang diadakan pada Mac lalu telah melonjakkan pelaburan di Johor

Menurutnya, ini menjelaskan bahawa kestabilan penting dalam sesebuah kerajaan negeri dan negara bagi menarik keyakinan pelabur.

“Buktinya, hanya dalam tempoh singkat, pelaburan negeri Johor yang menduduki tangga ke enam sebelum ini melonjak ke tangga teratas dalam negara,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau mengulas peningkatan pelaburan di negeri Johor sehingga merekodkan jumlah tertinggi bagi separuh tahun 2022 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM60.9 bilion.

Jumlah itu meningkat sebanyak 822 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, BN Johor dengan majoriti besar, kerajaan negeri menjadi stabil dan membolehkan tumpuan diberikan sepenuhnya untuk memakmurkan negeri.

Menteri Pengangkutan itu berkata, dengan kestabilan kerajaan, pelabur akan berpusu-pusu untuk datang melabur kerana yakin dengan sesebuah negeri atau negara, sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.

Terdahulu media melaporkan Johor mencatatkan pelaburan paling tinggi dalam negara bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun ini iaitu sebanyak RM60.9 bilion, sekali gus menjadi pelaburan yang tertinggi pernah dicatatkan oleh negeri ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pelaburan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 822 peratus daripada RM6.6 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan