31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Semangat perpaduan Hari Kebangsaan perlu diteruskan – Agong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semangat perpaduan, kenegaraan dan cintakan negara yang telah dipamer oleh rakyat pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini sangat membanggakan dan perlu diteruskan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sukacita dan kagum dengan sambutan Hari Kebangsaan yang telah berlangsung di Dataran Merdeka pada 31 Ogos lalu dengan kehadiran melebihi jangkaan 50,000 orang.

Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi penghargaan kepada rakyat yang telah datang memenuhi lokasi majlis dan kawasan sekitar untuk menyertai dan secara berdisiplin menonton sambutan hari yang bersejarah itu.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga semangat-semangat tersebut yang secara langsung mencerminkan keakraban rakyat pelbagai kaum di negara ini memperkukuhkan lagi keharmonian negara,” ujarnya hari ini.

Baca juga:   Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Michelle Yeoh

Menurut beliau, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar semangat tersebut dipamer dan diteruskan dalam memperingati dan meraikan Hari Malaysia pada 16 September tidak lama lagi.

Pada masa sama, jelas Ahmad Fadil, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, kesemua peserta dan penganjur, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tan Sri Annuar Musa di atas kejayaan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang telah disempurnakan dengan rapi dan cemerlang.

Baca juga:   Agong berkenan menerima menghadap Anwar

Tambahnya, Seri Paduka Baginda amat kagum menyaksikan persembahan yang telah dipamer oleh semua kontinjen agensi-agensi kerajaan dan pelajar sekolah yang telah mengambil bahagian pada majlis tersebut.

“Semangat kenegaraan dan cintakan negara yang telah dipamer oleh mereka, khususnya pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai peringkat persekolahan dan kaum adalah sewajarnya dipuji dan dicontohi,” ujarnya. –Edisi 9

Wartawan

Terkini

PH-UMNO gagal faham kesusahan rakyat – Wan Saiful

AHLI politik Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan menzahirkan perasaan sedih beliau apabila Kerajaan Pakatan Harapan -...

Lagi Artikel Berkaitan