31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Pascabanjir Baling: Kerajaan setuju bina 17 rumah baharu

Bagi menggantikan rumah-rumah yang tidak selamat kerana terlalu hampir dengan sungai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju meluluskan peruntukan untuk pembinaan 17 rumah baharu bagi rumah yang tidak selamat diduduki kerana terlalu hampir dengan sungai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan rumah baharu bagi rumah yang musnah sepenuhnya pula sedang dilaksanakan.

“Antara lain-lain bantuan yang dilaksanakan ialah pembaikan rumah, pembaikan titi (jambatan), pembaikan jalan, longkang dan pembentung, pembaikan tebing dan jambatan bailey.

“Kerajaan akan terus memantau dan memastikan kebajikan seluruh mangsa di Baling, Kedah ini diberi perhatian sepenuhnya dengan kerjasama semua pihak baik termasuk di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan negeri,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sempena melawat ke lokasi tragedi aliran puing di Kampung Iboi, Baling, Kedah dan melihat sendiri keadaan pascabanjir yang telah menjejaskan 40 buah kampung di sekitarnya.

Baca juga:   GPS percaya kemampuan Ismail Sabri, ajak semua bekerjasama

Malah menurut beliau, lawatan berkenaan juga bagi memastikan semua janji yang dibuat oleh kerajaan membantu mangsa banjir telah dilaksanakan.

“Saya juga bertemu dan bertanya sendiri penduduk kampung yang menjadi mangsa tragedi yang menyayat hati ini.

“Hari ini, saya juga menyampaikan BWI dan Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) kepada 1,012 KIR (Ketua Isi Rumah) yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), tetapi turut terkesan akibat kejadian banjir ini,” katanya.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga hari ini sejumlah RM3.6 juta telah disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling.

Baca juga:   PBB gagal lindungi hak asasi rakyat Palestin

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua Keluarga Malaysia yang banyak membantu, Agensi Kerajaan, Badan-badan Korporat serta rakan-rakan NGO yang terus membantu menghulurkan bantuan.

Untuk rekod, sempena lawatan berkenaan kerajaan telah mengumumkan peruntukan tambahan RM17.8 juta bagi proses pemulihan termasuk pembinaan rumah baharu susulan bencana banjir dan kepala air yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kupang.

Dari jumlah berkenaan, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membina jambatan baharu yang runtuh, RM3 juta bagi membina 17 buah rumah mangsa banjir dan RM4.8 juta bagi membaik pulih 17 buah titi terjejas.

-EDISI9

Terkini

Kabinet lulus 90.5 peratus, laksana hanya 23.2 peratus – Muhyiddin

KABINET hanya dapat melaksanakan 16 perakuan utama atau 23.2 peratus berkaitan inisiatif-inisiatif yang berorientasikan tindakan (action-oriented) dan segera (immediate)...

Lagi Artikel Berkaitan