31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

MAIWP terkejut terima aduan keluarga susah di kondo mewah

Secara pratikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terkejut apabila menjejaki sebuah keluarga yang memerlukan bantuan zakat di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Justeri itu, MAIWP dalam hantaran di Facebook menegur tindakan golongan yang berada dalam kesempitan supaya bersikap bijak menyesuaikan diri dan keluarga dalam memenuhi keperluan serta kehendak seiring dengan kemampuan semasa.

Menurutnya, pihaknya menerusi Skuad Jejak Asnaf yang turun ke lapangan terkejut apabila mendapati keluarga yang dikatakan memerlukan bantuan itu mampu menyewa di sebuah kondominium mewah.

“Bertindak atas aduan awam yang diterima, MAIWP menerusi Skuad Jejak Asnaf telah turun menjejaki sebuah keluarga yang dikatakan memerlukan kepada bantuan zakat.

“Setibanya di lokasi, kami didatangi perasaan terkejut apabila melihat nilai hartanah di tempat tersebut.

Baca juga:   Subsidi minyak masak berpaket masih kekal - PM

“Secara pratikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian,” katanya, semalam.

MAIWP turut mendedahkan hasil dapatan maklumat pihaknya bahawa keluarga tersebut juga menghuni kediaman berkenaan dengan bayaran sewa secara bulanan dan bukan rumah pusaka ataupun menerima ihsan mana-mana pihak dengan tinggal secara percuma.

Malah menurut MAIWP, kebanyakan mereka yang menetap di kediaman mewah seringkali memberikan alasan melibatkan faktor keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya berdekatan dengan sekolah anak.

“MAIWP menasihatkan kepada mereka di luar sana yang terkesan atau berada dalam kesempitan hidup perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup,” katanya.

Baca juga:   Elaun 2,267 pelajar tajaan Petronas dinaikkan serta-merta

MAIWP menegaskan agensi berkenaan sentiasa ada untuk membantu bagi meringankan beban dan kesusahan hidup yang mereka alami.

-EDISI9

Terkini

Solat jenazah ghaib buat Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi di...

Lagi Artikel Berkaitan