30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

NS, Perak kibar bendera negeri separuh tiang, penghormatan mendiang Ratu Elizabeth II

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGERI Sembilan dan Perak masing-masing mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan mengibarkan Bendera negeri separuh tiang.

Ia sebagai tanda penghormatan dan berkabung atas kemangkatan mendiang Ratu Elizabeth II seperti termaktub diperkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan agar bendera Negeri Sembilan dikibarkan separuh tiang pada hari Isnin 19 September ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab Malik berkata, ia bagi menzahirkan penghormatan baginda kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 9 September lalu.

“Titah tersebut juga sebagai tanda menghormati kemangkatan Baginda Ratu di Istana Balmoral, Scotland selepas 70 tahun menduduki takhta yang merupakan monarki paling lama bertakhta dalam sejarah United Kingdom.

“Sehubungan itu, kerajaan Negeri Sembilan menjunjung titah dan mengarahkan semua jabatan dan agensi di negeri ini agar mengibarkan bendera Negeri Sembilan separuh tiang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar bendera Perak dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula esok sehingga Isnin hadapan bersempena kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, baginda bertitah sedemikian atas semangat menghargai hubungan Ratu Elizabeth II dengan Istana dan Negeri Perak Darul Ridzuan, di samping menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatannya.

Menjunjung titah tersebut, bendera negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separuh tiang bermula hari Sabtu 17 September 2022 sehingga selesai istiadat permakaman Ratu Elizabeth pada hari Isnin 19 September 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Edisi 9 sebelum ini melaporkan bahawa Ratu Elizabeth II dilaporkan mangkat pada usia 96 tahun selepas berada di bawah pengawasan doktor.

Berita duka itu disahkan oleh Istana Buckingham menerusi kenyataan akhbar dimuat naik di laman Instagram The Royal Family.

Ratu Elizabeth II menjadi Ratu Britain selama 70 tahun selepas kematian ayahanda baginda, Raja George VI pada 6 Februari 1952 ketika baru berusia 25 tahun. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan