32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agong, Permaisuri berangkat ke UK hadir pemakaman Ratu Elizabeth

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke United Kingdom (UK), London hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada Khamis lalu.

Lawatan khas Al-Sultan Abdullah bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK selama enam hari bermula hari ini, diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada 10.30 pagi.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Sebelum berangkat, Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh membacakan doa selamat bagi memohon perlindungan serta keselamatan keberangkatan Seri Paduka berdua.

Seri Paduka berdua berkenan melintasi barisan pasukan Kawalan Kehormat Diraja sebelum menaiki pesawat.

Dalam rangka lawatan khas itu, Seri Paduka berdua akan menghadiri Majlis Resepsi Bersama Raja Britain Raja Charles III pada Ahad ini dan istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada Isnin di Westminster Abbey.-BERNAMA

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan