32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bomba selamatkan kanak-kanak dikurung dipercayai didera

Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu dipercayai mangsa penderaan berdasarkan kesan-kesan birat dan luka pada tangan, lengan, kaki dan belakang badan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN nekad seorang kanak-kanak lelaki menjerit meminta tolong ketika terperangkap pada belebas tingkap di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang, Kuala Lumpur, petang tadi, berjaya menyelamatkannya dari terus menjadi mangsa dera.

Jeritannya itu didengari oleh penduduk yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dan diselamatkan oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi selepas menerima aduan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas menerima laporan dari orang awam pada jam 4.41 petang.

“Kanak-kanak terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar daripada tingkap bilik berkenaan sebelum terperangkap di belebas tingkap berkenaan.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 4.48 petang mendapati pintu kediaman terbabit sudah berjaya dipecahkan oleh pengawal keselamatan kondominium terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Norazam berkata, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu dipercayai mangsa penderaan berdasarkan kesan-kesan birat dan luka pada tangan, lengan, kaki dan belakang badan.

Menurutnya, mangsa adalah kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia lapan tahun dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan berseorangan.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan