25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

KPLB peruntuk RM8.26 juta untuk LJK Fasa 10, BELB di Sabah

Bantuan berkenaan sekaligus memberi manfaat kepada 1.24 juta orang penduduk di negeri itu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM8.26 juta bagi tujuan lampu jalan kampung (LJK) dan bekalan elektrik luar bandar (BELB) di Sabah.

Bantuan berkenaan sekaligus memberi manfaat kepada 1.24 juta orang penduduk di negeri itu. 

Menurut Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun, menerusi peruntukan tersebut, sebanyak RM 5.96 juta diperuntukkan bagi Program Pemasangan Lampu Kampung dan RM 2.30 juta bagi pembaikan Stesen Janakuasa Diesel Penyusunan Semula Kampung (PSK) Kampung Balat dan Kampung Litang di Daerah Kinabatangan, Sabah dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) dilantik sebagai kontraktor projek.  

“Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) Fasa 10 di Sabah ini secara keseluruhannya melibatkan pemasangan sebanyak 5,000 unit lampu dengan pecahan 4,000 unit lampu jenis HPSV dan 1,000 unit lampu jenis LED,” katanya.

Ramlan berkata demikian pada Majlis Penyerahan Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) Tahun 2019/2022 Fasa 10 dan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Janakuasa Diesel Secara Berpusat PSK Kampung Litang dan Kampung Balat di Kota Kinabalu, Sabah. 

Baca juga:   65 kes pengeluaran Tabung Haji babit Macau Scam

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn. Bhd. Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Encik Mas Rizal Mohd Hilmi.  

Ramlan Harun menyerahkan surat lantikan bagi projek lampu jalan kampung di Kota Kinabalu.

Ramlan berkata, projek LJK ini dimulakan pada 7 Januari 2020 dan siap sepenuhnya pada 8 Disember 2021 manakala projek stesen janakuasa pula dimulakan pada 9 Mac 2022 dan berjaya disiapkan lebih awal iaitu 28 Julai lalu berbanding tarikh siap asal iaitu pada 8 September 2022. 

Baca juga:   65 kes pengeluaran Tabung Haji babit Macau Scam

“Bagi Projek BELB Janakuasa Diesel pula, setelah 6 tahun projek siap, terdapat beberapa kerosakkan yang berlaku berikutan dengan wear and tear dan kerosakan berikutan gangguan hidupan liar. Justeru itu, pihak SESB telah melaksanakan pembaikan dengan kos kontrak sebanyak RM 2.3 juta,” katanya. 

Beliau menambah pelaksanaan program itu juga dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan keperluan, keutamaan dan kos operasi serta penyenggaraan yang akan ditanggung oleh kerajaan secara berterusan.  

“Kita tahu terdapat cabaran dan halangan dalam menyiapkan projek ini terutamanya dari segi geografi dan keluasan memandangkan Sabah merupakan sebuah negeri yang luas dan mempunyai 24 buah parlimen serta kawasan luar bandar yang banyak,” ujar beliau. 

Tambah beliau, kerajaan amat prihatin terhadap kelangsungan kehidupan masyarakat luar bandar. Justeru itu, menerusi penyempurnaan kedua-dua projek ini sekaligus mampu meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk selain perniagaan setempat bagi meningkatkan pendapatan penduduk pada waktu malam dapat dilaksanakan,” katanya.

“KPLB juga akan meneruskan perancangan dan pelaksanaan projek-projek prasarana yang lain untuk dilaksanakan di Sabah menerusi projek-projek sambungan di bawah RMK-12 dan projek baharu menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti. 

Baca juga:   Jangkitan positif baharu COVID-19 turun 6,999 kes

“Sabah akan senantiasa mendapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan untuk pelbagai manfaat penduduk terutama bagi masyarakat luar bandar,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   Anwar guna pedoman cerdik pandai laksana perubahan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan