26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Dera Ampang: Ibu saudara serta suaminya ditangkap

Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek didapati negatif sebarang jenis dadah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menangkap pasangan suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes dera dan kurung seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Kondominium Bella Vista, Jalan Cahaya 13, Ampang, Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan, suspek wanita yang tidak bekerja berusia 33 tahun dan suaminya berusia 29 tahun bekerja sebagai pemandu e-hailing ditahan pukul 6 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, suspek wanita merupakan adik kandung kepada ibu mangsa dan tidak memiliki rekod lampau, manakala suaminya mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek didapati negatif sebarang jenis dadah.

“Pihak polis turut mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang merupakan adik kepada mangsa mempunyai kesan kecederaan lebam pada bahagian kaki, tangan dan belakang badan dipercayai akibat didera,” katanya hari ini.

Baca juga:   Berita culik, jual organ kanak-kanak adalah palsu

Ujar Mohamad Farouk, kedua beradik itu telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah dimaklumkan untuk urusan penjagaan.

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati mangsa telah tinggal dengan suspek sejak dua tahun selepas bapa kandungnya meninggal dunia, manakala ibu kandungnya tidak mahu menjaga kedua beradik tersebut.

Menurutnya, kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok untuk permohonan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Baca juga:   Tak Bai 'bergegar' lagi, tiga anggota keselamatan cedera

“Kes disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Terdahulu media melaporkan, seorang kanak-kanak yang tidak tahan dikurung dan disyaki mangsa dera bertindak melarikan diri melalui tingkap berjaya diselamatkan pasukan bomba di Kondominium Bella Vista, Jalan Cahaya 13, di sini hari ini.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan