31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Penunggang jet ski hilang di perairan Pulau Talang-Talang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dilaporkan hilang selepas menguji jet ski bersama rakannya secara berasingan di perairan Pulau Talang-Talang, Sematan, Kuching kira-kira 100 kilometer (km), semalam.

Kehilangan mangsa, Lee Chong Loong, umur belum dapat dikenal pasti hanya disedari oleh rakannya ketika mereka hendak kembali ke jeti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihak bomba menerima panggilan dari Balai Polis Sematan berhubung kejadian itu pada pukul 12.20 tengah malam tadi.

“Mangsa bersama seorang rakan dilaporkan turun ke laut melalui Jeti Pak Amit di Santubong dengan menaiki dua jet ski yang berasingan.

“Pada mulanya, mereka dikatakan menuju ke Pulau Satang dan mengelilingi kawasan pulau itu sambil memancing.

“Rakan mangsa dikatakan berusaha mencari lelaki itu hingga kira-kira pukul 7.30 malam, namun gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Sematan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Lawan Zahid di Bagan Datuk dilantik Setiausaha Politik PM

Menurutnya, rakan mangsa memaklumkan keadaan cuaca baik ketika mereka menaiki jet ski dan kemudian meneruskan perjalanan ke Telok Melano.

“Selepas itu, mereka dikatakan menghala ke arah utara, kira-kira tiga batu nautika dari perairan Telok Melano, menuju ke Pulau Talang-Talang.

“Rakan mangsa memaklumkan, jarak antara mereka ketika menunggang jet ski itu agak jauh, iaitu kira-kira satu batu nautika antara satu sama lain. Rakannya itu dikatakan mula menyedari mangsa tidak kelihatan ketika mereka bergerak dari Pulau Talang-Talang untuk balik semula ke jeti,” katanya.

Baca juga:   6 pemancing yang hanyut ditemukan selamat

Susulan kejadian itu, ujarnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) sebaik saja menerima laporan, namun operasi ditangguhkan pada jam 1.30 pagi tadi.

Pencarian diteruskan pada pagi ini bersama beberapa agensi penyelamat yang lain.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan