25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dera kanak-kanak: Ibu saudara, suami direman tujuh hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga Jumaat depan (23 Sept) bagi membantu siasatan.

“Reman terhadap kedua-dua suspek berumur 29 dan 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Amalina Basirah Md Top di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pagi tadi,” katanya.

Semalam, polis menahan kedua-dua suspek kira-kira 6 petang kerana disyaki mendera adik-beradik berkenaan.

Suspek wanita merupakan adik kepada ibu mangsa telah menjaga dua beradik itu sejak dua tahun, selepas bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di dalam rumah cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah unit kondominium tingkat empat.

Susulan itu, bomba berjaya menyelamatkan mangsa dengan memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak polis. – BERNAMA

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan