24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Berhenti ambil gambar, punca kemalangan di SUKE

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak berhenti di lorong kecemasan jika tiada sebarang perkara keperluan atau kecemasan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARU dua hari dibuka kepada orang ramai, Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) merekodkan kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal berhampiran Tol Bukit Teratai menghala Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.45 petang semalam.

“Punca kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan untuk tujuan mengambil gambar di lebuh raya berkenaan.

“Kereta itu dipandu oleh seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan di lebuh raya SUKE dari arah Tol Bukit Teratai menghala ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk melihat pemandangan sekitar dari atas lebuh raya dan mengambil gambar.

“Kemudian datang motosikal jenis Suzuki dari arah belakang melanggar bahagian belakang kereta yang sedang berhenti itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Tambah Mohamad Farouk, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat di bawah kaedah 16 LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan. Individu yang cuai menyebabkan kemalangan boleh dikompaun sehingga RM300.

“Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak berhenti di lorong kecemasan jika tiada sebarang perkara keperluan atau kecemasan.

“Berhenti di lorong kecemasan adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikompaun sehingga RM300,” katanya lagi.

Lebuh raya SUKE sepanjang 24.4 kilometer (km) bermula dari Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang itu mula dibuka pada 16 September lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan