32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Projek MARA Digital diteruskan – PM

Beberapa MARA Digital telah diwujudkan seperti di Shah Alam, Kuantan, Ipoh sebelum ditutup ketika kerajaan PH

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROJEK MARA Digital akan diteruskan bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi tujuan tersebut, beliau telah mengarahkan MARA untuk meneruskan projek MARA Digital berkenaan yang merupakan trend terkini dan masa depan.

“MARA digital sangat dekat dihati saya… saya yang wujudkan bagi membangunkan usahawan bumiputera dalam bidang IT dan gadget samada menjual produk, repair (baiki) dan lain-lain.

“Beberapa MARA Digital telah diwujudkan seperti di Shah Alam, Kuantan, Ipoh dan beberapa tempat yang telah dikenalpasti seperti di Larkin Johor, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching serta Kota Kinabalu.

“Namun, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan, MARA Digital telah ditutup dan projek baru tidak diteruskan,” katanya menerusi Facebook beliau malam ini.

Baca juga:   Hanya nyata kekecewaan 'dilanyak' ketika jadi PM - Ismail Sabri

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan selepas membuat tinjauan mengejut di MARA Digital Kuala Lumpur sebentar tadi.

Turut bersama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Alhamdulillah dalam tinjauan peniaga memaklumkan masih mampu untuk meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat cuma memerlukan sokongan dari MARA seperti promosi, bantuan pinjaman, pengurangan kadar sewa dan lain-lain,” katanya.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan peniaga-peniaga di MARA Digital menggesa campur tangan Perdana Menteri bagi menghidupkan semula pusat perniagaan itu yang dikatakan suram dan sepi tanpa pelanggan.

Untuk rekod MARA Digital dicetuskan oleh Ismail Sabri ketika beliau menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2016 bagi memberi alternatif kepada pengguna mendapatkan produk digital.

Baca juga:   Hanya nyata kekecewaan 'dilanyak' ketika jadi PM - Ismail Sabri

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan