28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Rakyat Malaysia ditahan di Batam bukan bekas PDRM

Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang ditahan oleh Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia di Batam baru-baru ini bukan bekas anggotanya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A. Skandaguru berkata, lelaki terbabit ditahan kerana terlibat dalam kes makmal memproses syabu di Sukajadi, Batam.

Beliau berkata, berdasarkan laporan berita TVOne Indonesia menyebut lelaki terbabit merupakan seorang bekas anggota PDRM.

“Semakan PDRM mendapati, suspek yang ditahan tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai polis, sukarelawan polis atau polis bantuan.

“Bagaimanapun, semakan rekod mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Skandaguru berkata, PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung kes tersebut dan bersedia menyalurkan maklumat yang diperlukan dalam usaha membanteras jenayah narkotik.

Baca juga:   BKC Fasa 1 akan dikreditkan mulai esok - PM

Media bulan lalu melaporkan BNN Indonesia membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu selepas menahan tiga individu warga tempatan, termasuk seorang warganegara Malaysia di Kepulauan Riau pada 19 Julai.

Ketua agensi itu, Inspektor General Petrus Golose berkata, warga Malaysia yang juga bekas anggota polis berpangkat koperal ditahan dalam serbuan di makmal yang beroperasi di rumah sewa di perumahan mewah Sukajadi, Batam.

Dalam kenyataan, beliau berkata pihaknya menemui sejumlah bahan bukti termasuk alat memproses, cecair prekusor dan syabu seberat 5.1 kilogram.

Baca juga:   Jalan lama Bukit Tinggi-Genting Sempah ditutup sementara

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup diburu

SEORANG lelaki warga tempatan diburu pihak berkuasa berikutan kekejamannya memukul dan membakar seekor anjing dipercayai di Taman Impian Emas,...

Lagi Artikel Berkaitan