26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Permohonan parti mahu bersama BN sedang diperhalusi

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) sedang memperhalusi permohonan beberapa parti politik termasuk Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang mahu menganggotai gabungan tersebut.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Dewan Tertinggi BN merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada parti-parti tersebut atas minat dan kesediaan mereka mahu bersama BN.

Kesemua permohonan tersebut sedang diperhalusi oleh pihak urusetia Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusi Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur malam tadi.

Zahid berkata, dalam mesyuarat tersebut dimaklumkan tentang persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di semua peringkat dan komponen BN.

“Dewan Tertinggi berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan yang sedang dijalankan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, BN bersetuju untuk mewujudkan Puteri BN bagi menyelaras pergerakan wanita muda di semua parti komponen.

Puteri BN akan diketuai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Di samping itu, beliau berkata, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dikekalkan sebagai Bendahari BN untuk tempoh dua tahun lagi.

Advertisements

Katanya, pelantikan Hishammuddin itu selaras dengan Perlembagaan BN Fasal 8.3.E.

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hadir sama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran serta Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi BN.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda BN, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan selain PBM yang baharu ditubuhkan terdapat tujuh lagi parti yang membuat permohonan untuk bersama BN.

Fenomena itu dianggap luar biasa memandangkan selepas kekalahan dalam PRU-14 lalu, banyak parti-parti komponen meninggalkan BN.

“Kenapa agaknya banyak parti mahu menyertai atau kembali semula sebagai komponen BN?” kata beliau dalam satu hantaran menerusi Facebook.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang juga bekas pemimpin tertinggi PKR menyertai Bersatu selepas ‘Langkah Sheraton’ memaklumkan PBM yang baharu disertainya sedang menunggu keputusan permohonan untuk menganggotai BN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan