26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PH penyelamat atau perosak ‘rule of law’ negara?

Tindak tanduk pemanipulasian kuasa pada zaman PH ini akhirnya merosakkan semula sistem keadilan negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kini dilihat mendabik dada kononnya merekalah yang berjaya mengembalikan sistem keadilan dan rule of law dalam negara, susulan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata sebaliknya, rakyat pasti tidak lupa bagaimana hanya dalam tempoh 22 bulan sahaja memerintah, PH mengeksploitasi kuasa untuk memanipulasi sistem keadilan dan prinsip rule of law.

Menurutnya, antara perkara-perkara utama yang dilakukan ketika itu adalah menukar Peguam Negara dengan melantik Peguam DAP Tan Sri Tommy Thomas.

“Melantik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya yang waktu itu adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan tidak pernah dalam sejarah Malaysia jawatan itu dilantik di kalangan pimpinan parti politik.

“Menukar Ketua Hakim Negara kepada calon pilihan mereka Tan Sri Richard Malanjun yang mendapat kritikan daripada bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid yang menyifatkan ia sebagai campur tangan eksekutif dalam pelantikan hakim,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi mendakwa, selepas Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM berjaya ditukar Kerajaan PH, bermulalah episod pendakwaan politik ke atas musuh-musuh politik PH.

Katanya, selain itu kes-kes melibatkan pemimpin-pemimpin PH satu persatu ditarik balik atau dibuang begitu sahaja walaupun ada yang sudah separuh jalan dibicarakan di Mahkamah.

“Antaranya, menarik balik tuduhan di mahkamah terhadap Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR R Sivarasa; Ahli Parlimen Kampar dari Dap, Thomas Su Keong Siong; Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim; bekas Naib Presiden PKR, N Surendran, dan kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar.

“Menarik balik tuduhan-tuduhan terhadap peguam, Eric Paulsen; bekas Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan; bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Abdul Ghafar, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng; pereka grafik, Fahmi Reza; Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dan bekas Ahli Parlimen Stampin dari Dap, Julian Tan Kok Ping.

“Membatalkan arahan untuk mendakwa peguam, Siti Zabedah Kassim; menarik balik tuduhan terhadap Mohd Rafizi Ramli; tidak membuat bantahan terhadap representasi peguam aktivis, Haris Ibrahim; dan tidak meneruskan prosiding terhadap pemimpin PH yang melibatkan diri dengan kumpulan pengganas LTTE,” katanya.

Menurutnya, kesemua yang berkenaan akhirnya terlepas bebas dan tidak boleh didakwa semula atas prinsip ‘double jeopardy’.

“Tindak tanduk pemanipulasian kuasa pada zaman PH ini akhirnya merosakkan semula sistem keadilan yang selama 14 tahun sebelumnya telah dibaiki oleh kerajaan kita.

“Maka janganlah PH hari ini cuba memanipulasi pemikiran awam pula kononnya merekalah juara. Sedangkan rakyat amat tahu merekalah perosaknya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan