33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Dadah: Anak Mat Sabu kekal dilepas dan dibebaskan

Pada 27 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Ahmad Saiful atas pertuduhan itu selepas membenarkan rayuannya untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan diputuskan Mahkamah Majistret pada 24 Jun 2020.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Rayuan hari ini memutuskan anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam kekal dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said yang bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah menetapkan perkara itu selepas mendapati tiada keraguan munasabah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Ahmad Saiful Islam sebelum ini.

Kamaludin berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pendakwaan bahawa hakim mahkamah itu, Datuk Collin Lawrence Sequerah tersalah arah daripada segi fakta dan undang-undang.

“Mahkamah juga berpuas hati bahawa hakim berkenaan mempertimbangkan keterangan secara keseluruhan. Oleh itu, rayuan pendakwaan ditolak dan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai manakala Ahmad Saiful Islam diwakili peguam, Datuk Nicholas Kow, Nasar Khan dan Emile Ezra Hussain.

Pada 27 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Ahmad Saiful atas pertuduhan itu selepas membenarkan rayuannya untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan diputuskan Mahkamah Majistret pada 24 Jun 2020.

Collin ketika membuat keputusan itu dilaporkan berkata, pengambilan hanya satu botol air kencing membuka kemungkinan berlakunya pencemaran kerana sampel sama digunakan oleh polis untuk ujian saringan dan ahli kimia untuk ujian pengesahan.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi mendapati kegagalan polis untuk mematuhi garis panduan dengan tidak mengambil dua botol sampel air kencing menyebabkan sabitan itu cacat.

Sebelum ini, Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas Ahmad Saiful Islam selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Anak bekas Menteri Pertahanan itu juga ketika itu diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula 24 Jun 2020 dan menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas selesai hukuman penjara.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan