29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Radzi kagum murid Tahun 4 kuasai sistem aquaponik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin kagum dengan kebijaksanaan seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Legap, Sungai Siput, Perak memberi penerangan terhadap sistem aquaponik.

Radzi menerusi Facebooknya berkata, murid yang dikenali sebagai Azaim itu mampu menerangkan kepadanya berhubung fungsi sistem aquaponik dengan begitu baik sekali.

Katanya, murid itu membina sebuah sistem aquaponik di sekolahnya dengan menggunakan air paku karat sebagai sumber nutrien kepada tumbuh-tumbuhan.

“Ketika melawat reruai semalam, saya bertemu dengan adik Azaim dari SK Pos Legap, Sungai Siput. Azaim telah membina sebuah sistem aquaponik yang menggunakan air paku karat sebagai sumber nutrien kepada tumbuh-tumbuhan.

“Adik Azaim telah menerangkannya satu persatu dengan baik sekali. Bila saya tanya kepada beliau, ‘Adik hafal ke adik memang faham sistem aquaponik adik ini?’ Beliau menjawab, ‘Saya faham pak cik’,” katanya menerusi hantaran terbabit.

Radzi berkata, beliau mendoakan murid berkenaan berjaya dalam misi eksplorasi aquaponik yang sedang dilaksanakannya.

“Adik Azaim ini hanya berada di Tahun 4 dan mampu menerangkan sistem aquaponik ini dengan baik sekali.

“Pak cik ucapkan selamat maju jaya kepada adik Azaim! Semoga berjaya dalam pelajaran dan juga sukses dalam misi eksplorasi Aquaponik adik,” katanya.

Untuk rekod, aquaponik adalah gabungan akuakultur dan hydroponics yang menggabungkan ternakan ikan dan tumbuhan bersama dalam satu sistem bersepadu.

Sisa ikan menyediakan sumber makanan organik untuk tumbuhan, dan tanaman secara semula jadi menyaring air untuk ikan. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan