28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Penantian lebih 3 tahun, Mona, Pekin sambut bayi merdeka

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di media sosial Mona, pelakon berusia 37 tahun itu memberitahu keadaan dirinya dan juga bayi sihat dan selamat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENANTIAN lebih tiga tahun pasangan pelakon Mona Allen dan Pekin Ibrahim untuk bergelar ibu dan bapa akhirnya menjadi kenyataan selepas selamat menyambut kelahiran anak sulung lelaki pada pukul 2.39 pagi tadi.

Detik istimewa yang dinantikan pasangan selebriti itu menjadi lebih istimewa apabila berkongsi tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos.

Hari ini, seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di media sosial Mona, pelakon berusia 37 tahun itu memberitahu keadaan dirinya dan juga bayi sihat dan selamat.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Ibu dan bayi selamat. Bayi merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi tadi,” tulisnya.

Baca juga:   Seorang lagi DO disyaki terima rasuah kontraktor ditahan

Sementara itu, menerusi InstaStory milik suaminya, Pekin, pasangan itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga peminat yang turut berkongsi rasa gembira atas kelahiran cahaya mata mereka.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Terdahulu, Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen mengumumkan bayi pertama mereka dijangka lahir pada bulan September.

Malah dia turut mendedahkan mahu membuat rawatan kesuburan in-vitro (IVF), namun pada 1 Januari lalu mendapati keputusan ujian kehamilan mengesahkan dia mengandung.

Dalam pada itu, Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin dalam satu hantaran menerusi Facebook mereka meluahkan kesyukuran dan ucapan buat pasangan berkenaan.

“Buka whatsApp pagi ini dapat perkhabaran berita dari Pekin, Mona Allen. Syukur Alhamdulillah selamat melahirkan anak pertama mereka … Anak merdeka.

Baca juga:   Syed Saddiq terus bawa suara rakyat di Parlimen


”Terharu saya Pekin dan Mona masih mengingati saya walaupun dah lama tak jumpa… Mona juga selalu beritahu perkembangan ketika hamil.

“Apa pun syukur sangat-sangat kedua-duanya ibu dan anak Selamat. Moga anak kecil membesar dengan sihat,menjadi anak yang Soleh berjaya dunia akhirat Aamiin Ya Mujiib.

Malah, beliau turut memberi kata-kata semangat buat pasangan yang sedang berusaha mendapatkan anak.

“Buat yang lain jangan putus asa percaya pada rezeki Allah sentiasa bersama kita insha’Allah lepas ini rezeki kalian pula,” kongsinya.

Baca juga:   Bayi maut di buaian: polis tunggu arahan pendakwaan

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ebit Lew lihat wajah bersih 4 beradik maut kebakaran

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew berkesempatan bersama-sama menyempurnakan majlis pengkebumian jenazah empat beradik yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran di Muar, malam...

Lagi Artikel Berkaitan