26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kelantan FC tidak kompromi provokasi cetus pergaduhan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KELANTAN FC tidak akan berkompromi sama sekali dengan provokasi yang dicetuskan sekumpulan penyokong di kawasan Stadium Sultan Muhammad IV sehingga menyebabkan pergaduhan ketika aksi Liga Premier membabitkan pasukan itu dengan Perak FC, Rabu lepas.

Pemangku Pengurus Operasi The Red Warriors Kelantan FC Mohd Afiq Ab Manaf berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut dan siasatan lanjut akan diambil oleh pihak berkuasa.

“Kejadian provokasi ini dipercayai bermula dengan hamburan kata-kata kesat sejurus separuh masa kedua berlangsung. Sekumpulan penyokong yang digelar casual Perak mula masuk ke dalam stadium dan terus melakukan provokasi.

“Kelantan FC akan sentiasa menjaga ketenteraman semua penonton yang hadir ke stadium,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Afiq berkata selepas tamat masa penuh perlawanan kekecohan kali kedua bermula akibat provokasi daripada casual Perak dengan melempar bekas air plastik ke arah penonton Kelantan FC.

“Anggota keselamatan Kelantan FC bersama polis telah membawa masuk penyokong Perak FC ke padang untuk mententeramkan keadaan, namun ahli casual Perak tetap melakukan provokasi di atas padang.

“Antara tingkah laku dilakukan oleh mereka adalah mengeluarkan kata-kata kesat, mengejek penyokong tuan rumah dan menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan FC,” katanya.

Beliau berkata dua ahli casual Perakyang disyaki melakukan provokasi telah ditahan polis dengan bantuan maklumat dari pihak keselamatan Kelantan FC.

Pada perlawanan itu, menyaksikan Kelantan FC tewas 1-2 kepada Perak.

Sebelum ini, Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) Mohd Nurul Mohd Yusoh meminta agar Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjalankan siasatan secara telus serta adil insiden kekecohan antara penyokongThe Red Warriors dengan The Bos Gaurus itu.—BERNAMA

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan