31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Pemuda Umno gesa BNM tidak naikkan OPR

Tindakan menaikkan OPR juga bertentangan dengan objektif dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca Covid.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda Umno menggesa agar Bank Negara Malaysia (BNM) tidak lagi menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana langkah itu bukan sahaja menambah bebanan peminjam, malah tidak menyumbang kepada penurunan kadar inflasi.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, tindakan menaikkan OPR juga bertentangan dengan objektif yang mahu dicapai dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca Covid.

Menurut beliau, dari segi teori, alasan OPR dinaikkan adalah untuk menurunkan kadar inflasi dengan cara memperlahankan aktiviti ekonomi kerana ia mencetuskan ‘kemelesetan sederhana’.

“Dengan menaikkan OPR, sebagaimana teori monetari konvensional, BNM berharap agar sektor perniagaan akan mengurangkan pelaburan dan sektor isi rumah akan mengurangkan perbelanjaan disamping meningkatkan kadar simpanan.

“Tetapi dengan tingkat kadar hutang sektor isi rumah di negara kita yang tinggi, maka kenaikan kadar bunga hanya akan mengurangkan perbelanjaan isi rumah melalui pertambahan pembayaran balik pinjaman, bukannya menerusi peningkatan kadar tabungan.

“Namun, oleh kerana kenaikan kadar inflasi yang berlaku bukanlah berpunca daripada lebihan permintaan sebaliknya akibat permasalahn berkaitan ‘supply side disruption’ (gangguan bahagian bekalandan) dan ‘energy supply shock’ (kejutan bekalan tenaga) kerana perang di Ukraine, maka kenaikan OPR tidak akan berjaya menurunkan kadar inflasi,” jelas beliau.

Baca juga:   Pemuda UMNO saran 3 langkah tangani isu kalimah Allah

Ini jelas terbukti apabila Amerika Syarikat sendiri gagal menangani masalah inflasi yang jauh lebih tinggi di negara itu walaupun kadar bunga dinaikkan.

Baca juga:   Pemuda UMNO sifatkan Darurat dasar gagal, sia-sia

Katanya, tindakan kerajaan tidak meningkatkan harga bahan api serta mengekalkan tarifelektrik terbukti lebih berjaya mengawal kadar inflasi daripada naik terlalu tinggi seperti yang berlaku di negara lain.

“Dan, kejayaan ini tidak ada kena mengena dengan peningkatan OPR,” jelas beliau lagi.

Mengulas lanjut, Asyraf menambah, dalam keadaan ekonomi domestik negara ini masih belum pulih sepenuhnya, maka tambahan bebanan kewangan ke atas peminjam akibat kenaikan OPR berkemungkinan besar akan menjerumuskan lebih ramai orang kepada masalah insolvensi.

“Bukan itu sahaja, malah pengurangan tingkat perbelanjaan dalam ekonomi yang diharapkan kesan kenaikan OPR turut akan mengganggu proses pemulihan ekonomi domestik pasca Covid yang sedang direncanakan.

Menurutnya, kenaikan OPR hanya akan memberi kelebihan kepada sektor perbankan sahaja sedangkan sektor perniagaan lain terutamanya perusahaan kecil dan sederhana masih terjejas, termasuklah sektor pekerjaan yang tidak menentu.

“Oleh itu, adalah tidak adil untuk sektor perbankan membuat keuntungan besar.

”Keuntungan besar yang bakal diperolehi sektor perbankan akibat kenaikan OPR ini tiada kena mengena dengan usaha produktif sektor tersebut, sebaliknya merupakan keuntungan terpijak akibat perubahan Dasar Monetari dibuat BNM.

“Lebihan keuntungan yang didapati secara tidak produktif seperti ini wajar dikategorikan sebagai Rentier Income (pendapatan penyewa) kerana ianya bukan sahaja tidak menyumbang apa-apa kepada pertumbuhan produktiviti, malah boleh mengganggu proses pemulihan ekonomi.

Baca juga:   Lelaki guna duit i-Sinar bina 11 bonggol jalan mohon maaf
Baca juga:   Siapa lagi akan khianati UMNO?

“Dengan itu maka Pemuda Umno menyarankan agar BNM tidak lagi meningkatkan OPR kerana tindakan itu bukan hanya membebankan peminjam,”katanya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan