25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Fitnah, tak desak PM campuri urusan mahkamah – Asyraf Wajdi

Perbincangan lebih kepada isu-isu mengenai PRU-15.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mesyuarat tergempar pemimpin UMNO yang berlansung sejak 11.30 pagi tadi langsung tidak menyentuh kepada desakan kepada Perdana Menteri (PM) untuk mencampuri urusan mahkamah.

Beliau menyatakan, adalah sesuatu yang tidak logik untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk campur tangan dalam kes SRC yang sudah pun sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

“ Lagipun bukan PM yang melantik Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang ada hari ini, tidak sebagaimana zaman Tun Mahathir yang terlibat dalam pemilihan hakim-hakim seperti dakwaan Tommy Thomas selaku Bekas Peguam Negara dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness.’

“Apa yang boleh saya kongsikan secara umum, perbincangan tadi lebih kepada isu-isu mengenai PRU-15,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, satu portal berita tempatan melaporkan sumber dalaman UMNO mendedahkan pertemuan melibatkan ketua-ketua bahagian itu gagal mencapai kata sepakat untuk mendesak Perdama Menteri campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Tambah laporan tersebut lagi, sumber dalaman memberitahu ramai ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama UMNO.

Asyraf bagaimanapun berharap agar portal berita berkenaan lebih bertanggung-jawab dalam penglaporan berita dan berpegang kepada etika kewartawanan yang tinggi bukan seperti media-media pojok murahan yang lain.

“Ini satu penglaporan berita fitnah yang langsung tidak bertanggungjawab dan beretika. Seharusnya mendapatkan atau memetik sumber yang sahih bukan hanya sekadar menyatakan ‘sumber dalaman’ yang tidak berasas hingga mencetuskan persepsi negatif.

“Saya turut berada dalam Mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi hingga pukul 1.30 tengahari. Tiada langsung agenda perbincangan mendesak PM mencampuri urusan mahkamah apatah lagi seolah-olah wujud pertentangan di kalangan kepimpinan Bahagian mengenainya.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan