26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Cuti hari minggu: Sultan Johor tidak mahu tergesa-gesa

Mesti Baca

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah, baginda tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan berhubung cadangan kerajaan untuk menukar semula cuti hari minggu di negeri itu kepada Sabtu dan Ahad.

Baginda bertitah, cadangan kerajaan itu akan diteliti daripada setiap sudut baik dan buruknya serta mengambil kira pandangan semua pihak untuk diperhalusi.

Sehubungan itu, Sultan Ibrahim menitahkan kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau membuat gesaan supaya satu keputusan diumumkan secepat mungkin.

“Buat masa ini saya mahu kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negeri Johor serta kepentingan rakyat.

“Saya akan buat pengumuman apabila saya berpuas hati dan cukup yakin keputusan yang diambil itu adalah yang terbaik untuk negeri Johor,” titah baginda kepada Royal Press Office hari ini.

Advertisements

Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan negeri boleh memberikan apa jua cadangan namun baginda akan mempertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum memberikan apa-apa keputusan.

Bermula 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim telah mengubah cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan agana Islam sebagai agama negeri.

Perubahan itu sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal iaitu Jumaat dan Sabtu yang telah dilaksanakan dalam Negeri Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan