24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dua wanita dikompaun dedah aurat semasa berkaraoke

Tindakan penguatkuasaan berkenaan bertujuan untuk memelihara syariat agama Islam serta menjaga keharmonian dan kesejahteraan bandar Kota Bharu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA wanita yang tidak menutup aurat semasa berkaraoke di sebuah premis di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan dikompaun oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), malam kelmarin.

Serbuan dijalankan MPKB-BRI bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) itu turut merampas dan menyita set karaoke selepas didapati beroperasi secara haram.

Menurut Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin, selain itu, sebanyak 400 botol cecair vape pelbagai perisa dan 30 pod turut dirampas di premis tersebut.

“Dalam operasi berasingan, MPKB-BRI turut mengeluarkan kompaun kepada sebuah premis dan menyita beberapa peralatan seperti telefon, kabel telefon dan bekas kad telefon kosong kerana menjalankan aktiviti judi online.

“Mereka didapati berselindung di sebalik aktiviti menjual peralatan telekomunikasi bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujar Rosnazli, dalam serbuan lain, pihaknya turut menyita kerusi dan peralatan menghisap shisha yang ditinggalkan dalam keadaan masih berbara di luar sebuah premis di Kampung Demit Kubang Kerian.

Advertisements

Menurutnya, premis tersebut dipercayai ditutup selepas mengetahui pergerakan pasukan penguat kuasa ke lokasi itu.

“Selain itu, MPKB-BRI turut mengeluarkan kompaun ke atas sebuah hotel di Jalan Tengku Chik di sini selepas gagal mempamerkan lesen premis perniagaan.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, pihak Jaheaik tidak mendapat kerjasama dari pihak hotel yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran,” katanya.

Menurut Rosnazli, operasi bersama berkenaan tamat pada pukul 3 pagi dan tindakan penguatkuasaan berkenaan bertujuan untuk memelihara syariat agama Islam serta menjaga keharmonian dan kesejahteraan bandar Kota Bharu.

“Pihak MPKB BRI ingin mengingatkan bahawa aktiviti perniagaan shisa, vape dan karaoke adalah tidak dibenarkan, justeru itu tindakan pembanterasan ini akan sentiasa dilaksanakan oleh pihak berkuasa demi menguatkuasakan undang-undang yang terpakai dalam kawasan pentadbiran MPKB BRI dan negeri Kelantan khususnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan