32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Penuntut UPNM maut dirempuh kereta hilang kawalan

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut manakala tiga rakannya cedera setelah kereta yang mereka naiki terbabit nahas di Kilometer 46, Jalan Ipoh-Taiping dekat Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu, Muhammad Ali Ihsan Dzulkeflee, 22, yang merupakan penumpang hadapan kereta jenis Produa Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, Muhammad Ali Ihsan dan rakannya merupakan pelajar UPNM yang sedang menjalani latihan praktikal di lokasi berbeza di Kuala Kangsar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, ketika kejadian kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa dan tiga rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju Sungai Siput.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, sebuah Toyota Vios dipandu lelaki berusia 41 tahun yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Toyota Vios itu kemudiannya melanggar tiang di bahu kiri jalan di hadapan laluan kereta mangsa sebelum berpusing masuk ke tengah jalan.

Advertisements

“Pada masa sama, kereta Perodua Kancil yang sedang mara di laluan sahnya tidak sempat mengelak lalu merempuh Toyota Vios tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Omar berkata, akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala tiga rakannya masing-masing patah kaki dan tangan selain luka dan lebam di beberapa bahagian badan.

Menurutnya, pemandu Toyota Vios turut mengalami kecederaan di kepala. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.

“Berdasarkan siasatan awal, punca kemalangan dipercayai berlaku setelah kereta Toyota Vios hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Perodua Kancil.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan