26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

15 notis kompaun pelbagai kesalahan ke atas kenderaan berat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 15 notis kompaun pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hasil pemeriksaan ke atas 25 buah kenderaan berat.

Tindakan iitu dikeluarkan DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan menerusi Tindakan Khas Laluan Waktu Terhad (Kenderan Berat) sekitar Jalan Sentul Pasar dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur semalam.

DBKL menerusi kenyataan berkata, dalam tindakan khas dari pegawai dan anggota penguatkuasa warden trafik DBKL, kenderaan berat yang diperiksa adalah melibatkan lori treler, lori angkut bahan serta lain-lain kenderaan yang melalui laluan khas waktu terhad bermula pada jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

“Sebanyak 15 notis kompaun telah dikeluarkan semasa tindakan penguatkuasaan dijalankan keatas kenderaan yang telah melakukan pelbagai kesalahan.

Advertisements

“Antaranya ingkar larangan laluan waktu terhad, membawa bahan binaan (batu, pasir, kayu) tanpa permit laluan, kenderaan kotor dan halangan lalulintas yang menyebabkan kesesakan di jalan utama.

“Kesalahan telah diambil tindakan menerusi Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, DBKL berkata, pihaknya mengingatkan kepada mana-mana pemandu kenderaan berat agar mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

“Tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan dari masa kesemasa termasuk bekerjasama dengan agensi sahabat yang lain,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan