26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Agong berkenan berangkat sambut Presiden Jerman

Lawatan negara terakhir melibatkan presiden Jerman ke Malaysia ialah 26 tahun lepas iaitu pada April 1997.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Sambutan Negara Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier dan isteri Elke Budenbender di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hadir sama Menteri-menteri dan Timbalan Menteri, Ketua-ketua perkhidmatan dan Perwakilan asing ke Malaysia.

Menerusi Facebook rasmi Istana Negara berkata, upacara sambutan negara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Jerman dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi disusuli dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

Presiden Jerman kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang diketuai Mejar Adibadiuezshah Ahmad.

Lawatan negara terakhir melibatkan presiden Jerman ke Malaysia ialah 26 tahun lepas iaitu pada April 1997.

Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU). Pada 2022, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman berjumlah RM59.87 bilion, meningkat sebanyak 10.9 peratus berbanding RM53.99 bilion (US$13.03 bilion) pada 2021. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan