32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Agong zahir harapan Malaysia pelajari teknologi TAI

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dapat mempelajari teknologi dimiliki Turkish Aerospace Industry (TAI) selaku pemain utama aeroangkasa negara ini.

Dalam masa sama Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kagum dengan teknologi dimiliki TAI dan berharap agar kerjasama lebih rapat dapat diwujudkan antara kedua-dua negara, khususnya dalam teknologi pembuatan pesawat udara serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada masa akan datang.

Terdahulu Baginda berkenan berangkat ke Turkish Aerospace Industries (TAI) di Fethiye District, Kahramankazan, Ankara sempena lawatan negara selama tujuh hari di Turkiye.

Turut hadir Menteri Pengiring yang juga Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Dato’ Sri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Ambassador Sazali Mustafa Kamal.

Baginda berkenan menyaksikan pertunjukan udara menggunakan pesawat tempatan yang dibangunkan TAI, antaranya helikopter T129 ATAK dan Gokbey, pesawat tanpa pemandu Anka dan Aksungur serta pesawat latihan Hurkus.

Baginda kemudian turut berkenan mencuba simulasi pesawat milik TAI.

Sementara itu, dalam program sama, Baginda berkenan bertemu dan beramah mesra dengan sebahagian pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Turkiye, termasuk tujuh pelajar Malaysia yang menjalani latihan praktikal selama sebulan di TAI.

Tujuh pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu adalah pelajar dalam bidang aeroangkasa di UniKL cawangan Banting, Selangor dan juga kumpulan pertama yang terpilih mengikuti latihan praktikal di TAI tajaan UniKL.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan