27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

RUU Antilompat Parti sudah dimuktamadkan JPK

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RANG Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti sudah dimuktamadkan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK).

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi ciapan ringkas di Twitter berkata, RUU itu akan dibentangkan di Parlimen dalam mesyuarat Dewan Rakyat.

Azalina yang juga antara Ahli Parlimen yang menganggotai JPK itu berkata, selangkah lagi untuk menghapuskan ‘koloni katak’ dan menuju politik bermaruah di Malaysia,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, draf RUU itu akan membabitkan pindaan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu lanjutan daripada pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No3) 2022 yang dibentangkan kerajaan bagi bacaan kali pertama, April lalu.

Katanya, draf pindaan akan dibentangkan kepada Ahli Parlimen pada pagi 18 Julai dan perbahasan dipersetujui jawatankuasa pada 27 dan 28 Julai.-Edisi 9

Baca juga:   Adakah ahli UMNO akan terus sokong UMNO - Tun M

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan