26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Beri subsidi untuk menang PRU, itu rasuah – Dr Mahathir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir Mohamad berpendapat mana-mana kerajaan yang memberikan subsidi kepada rakyat bagi memenangi pilihan raya umum (PRU-14) sebagai rasuah.

Dakwa bekas Perdana Menteri itu, perkara tersebut pernah dilakukan oleh parti politik ketika PRU-14 dengan merasuah pengundi atas alasan kononnta itu adalah subsidi.

Pemimpin berusia 97 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, bukan semua subsidi dianggap sebagai rasuah kerana dalam hal-hal tertentu subsidi dibenarkan.

“Contohnya kerajaan boleh beri subsidi untuk kawal harga barangan yang naik berpunca dari pandemik.

“Tetapi apabila subsidi diberi dengan sebab untuk jadi popular dan menang pilihan raya, itu salah.

“Dalam PRU-14 lalu, parti politik semasa itu guna wang merasuah pengundi tetapi beri alasan kononnya itu adalah subsidi.

“Jadi kita perlu bijak menilai sama ada itu adalah subsidi yang diperlukan ataupun rasuah.

“Jika subsidi diguna bertujuan merasuah pengundi, ini adalah jenayah. Rakyat perlu bijak menilai antara subsidi dan rasuah,” katanya di Seoul, Korea Selatan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sesi dialog bersama pelajar Seoul National University dan sekumpulan pelajar tajaan Malaysia di Korea Selatan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sistem demokrasi, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun 22 bulan itu berkata:

“Demokrasi bukanlah suatu sistem yang sempurna. Umpamanya dalam pilihan raya sudah pasti ada yang menang dan kalah.

“Pihak yang kalah perlu terima kekalahan dan tunggu sehingga pilihan raya akan datang.

“Tetapi biasanya pihak yang kalah tak terima kekalahan sebaliknya tuduh pihak yang menang menipu.

“Disebabkan itu timbul cubaan untuk menafikan kemenangan dan protes, tunjuk perasaan, demonstrasi, cubaan ambil alih Kerajaan dan sebagainya. Ini menyebabkan negara tidak stabil dan banyak kesan buruk.

“Bagi saya kestabilan negara jauh lebih penting sesudah pilihan raya diadakan daripada saling berebut tempat,” katanya.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan