27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Rakyat Malaysia di Sri Lanka selamat

Di Sri Lanka, kita mempunyai lima pegawai dan tujuh ahli keluarga serta 85 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan seramai 85 rakyat Malaysia di Sri Lanka berada dalam keadaan selamat.

Beliau berkata, setakat ini semuanya berada dalam keadaan selamat dan Kementerian Luar Negeri menasihati rakyat Malaysia supaya tidak keluar rumah masing-masing.

Katanya, mereka juga tidak meminta kerajaan untuk menguruskan kepulangan ke Malaysia susulan keadaan di negara terbabit.

“Setakat ini tiada permintaan untuk membawa mereka pulang ke Malaysia. Namun, jika ada permintaan kerajaan sentiasa bersedia dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Pagi tadi, saya berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Tan Yang Thai untuk mendapatkan maklumat terbaharu.

“Walaupun keadaan di Sri Lanka belum reda tetapi kelihatan mungkin keadaan kembali baik selepas Presiden dan Perdana Menteri Sri Lanka meletakkan jawatan.

“Di Sri Lanka, kita mempunyai lima pegawai dan tujuh ahli keluarga serta 85 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi.

“Rakyat Malaysia yang berada di Sri Lanka dan masih belum mendaftar dinasihat berbuat demikian,” katanya ketika mengulas keadaan terkini rakyat Malaysia di Sri Lanka susulan krisis yang berlaku di negara terbabit seperti dilaporkan BH Online hari ini.

Advertisements

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian selepas program penyembelihan dan pengagihan daging korban di Sungai Karang, di sini, hari ini.

Sempena program itu, Pejabat Parlimen Indera Mahkota menyediakan 43 ekor lembu untuk program korban di kawasan parlimen itu.

Mengenai keperluan terutama dari segi bekalan makanan, beliau berkata, tiada sebarang isu berhubung barang keperluan.

“Jika ada ahli keluarga yang berada di Malaysia tidak dapat berhubung saudara mereka di Sri Lanka, kita nasihatkan berhubung dengan kedutaan di Colombo,” katanya.

Kelmarin, Presiden Gotabaya Rajapaksa yang meninggalkan kediaman rasminya untuk melarikan diri daripada penunjuk perasaan, bersetuju untuk meletak jawatan minggu ini.

Perkara itu diumum jurucakap parlimen, Mahinda Abeywardana.

“Untuk memastikan peralihan (kuasa) yang aman, presiden bersetuju meletak jawatan pada 13 Julai.

“Saya dengan ini meminta rakyat supaya menghormati undang-undang dan kekalkan keamanan,” kata Abeywardana dalam kenyataan yang disiarkan stesen televisyen.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan