31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Malaysian Genomics jalin kerjasama strategik dengan UDH

Buka peluang membangunkan R&D genetik bagi keadaan keturunan dan penyakit yang berleluasa di Timur Tengah atau Afrika Utara

Mesti Baca

MALAYSIAN Genomics Resource Centre Berhad (Malaysian Genomics) telah menjalin kerjasama strategik dengan United Doctors Hospital (UDH) berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi untuk berkolaborasi dalam terapi genomik dan sel.

Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics, Azri Azerai berkata, kedua-dua pihak akan mengambil langkah bagi menggalakkan dan mempromosi dalam penjualan serta pemasaran ujian saringan genetik dan produk terapi sel; kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan lain-lain.

Beliau berkata, perkongsian tersebut berlaku bagi tempoh tiga tahun.

“Perkongsian strategik dengan UDH ini membolehkan kami meluaskan jangkauan geografi produk dan perkhidmatan kami di luar Malaysia, ke rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.

“Ia juga akan membolehkan kami bekerjasama dalam R&D dengan pelbagai pakar domain untuk meningkatkan set ujian saringan genetik dan terapi sel kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, UDH telah diakreditasi oleh Lembaga Pusat Akreditasi Institusi Penjagaan Kesihatan Arab Saudi.

AZRI AZERAI

Syarikat itu juga telah memenangi pelbagai anugerah untuk tanggungjawab sosial, termasuk Anugerah Raja Khalid untuk Tanggungjawab Sosial pada 2018, dan diperakui dengan SA8000, program pensijilan sosial terkemuka di dunia, oleh Social Accountability International, sebuah pertubuhan amal yang berpangkalan di Amerika Syarikat, pada 2016.

Sementara itu, doktor perubatan di UDH, Dr. Hefny Moustafa Hefny berkata, antara bidang yang boleh diteroka oleh Malaysian Genomics dan UDH ialah peluang untuk membangunkan ujian saringan genetik bagi keadaan keturunan dan penyakit yang berleluasa di Timur Tengah atau Afrika Utara, yang mungkin berbeza daripada bahagian lain di dunia.

Malaysian Genomics sedang giat mengembangkan saluran perniagaan kepada penggunanya sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan Kumpulan.

Kumpulan itu baru-baru ini memperoleh 51 peratus kepentingan dalam syarikat pengendali dialisis buah pinggang Aquahealth Sdn Bhd untuk menawarkan penjagaan buah pinggang yang diperibadikan dan turut melibatkan pengurusan pemakanan, perubahan gaya hidup dan ujian genetik.

Ia juga bekerjasama dengan platform beli-belah dalam talian Asean Super App AirAsia dan Speedoc untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan genetik. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan